Friday, 8 January 2016

1.0 PENGENALAN – SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL

Dunia telah menyaksikan perkembangan pesat penggunaan media sosial dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan internet. Media ini bukan sahaja berfungsi mempercepatkan penyebaran maklumat ke serata dunia malah telah menjadi satu medium komunikasi bagi orang ramai berhubung antara satu sama lain. Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan diatas talian bagi membolehkan para pengguna menyertai, berkongsi dan mencipta isi kandungan merangkumi blog, rangkaian sosial, forum dan wiki.

 Dengan wujudnya lebih banyak media baharu, istilah ‘dunia dihujung jari’ bukan lagi suatu istilah semata-mata kerana seseorang mampu melakukan banyak perkara dengan teknologi ini, Dengan adanya media sosial, urusan kerja dan harian menjadi bertambah mudah dan juga menjimatkan masa. Sebagai contoh, usahawan serta peniaga secara kecil-kecilan tidak lagi perlu menjaja produk mereka dari rumah ke rumah dan apa yang mereka perlu lakukan ialah memikirkan strategi untuk menarik pelanggan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram. Ini bukan sahaja menjimatkan masa malah menguntungkan dari segi belanja operasi yang tidak perlu dikeluarkan.


 Sekarang, tidak dinafikan bahawa media sosial telah menjadi penyumbang terpenting kepada perkembangan pesat sektor perniagaan di Malaysia. Orang ramai terutamanya para peniaga mula menyedari akan faedah yang mereka bakal perolehi sekiranya media sosial ini digunakan dengan betul dan berkesan. Walaupun sesebuah perniagaan bermula dengan modal yang sedikit, tetapi jika pemilik mampu mengapllikasikan media sosial dalam perniagaan mereka dengan baik ditambah dengan pengurusan yang sistematik,mereka mampu mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Kepesatan penggunaan media sosial bermula setelah Facebook diperkenalkan kepada masyarakat dunia, namun sejarah telah menyaksikan bahawa pembangunan media sosial telah lama berlaku iaitu seawal tahun 1997 melalui laman sosial SixDegree.com yang menawarkan ciri-ciri seperti profil,mesej dan sahabat. Kemudian lebih banyak laman sosial yang menawarkan ciri-ciri yang hampir sama, seterusnya wujud laman perniagaan seperti Ryze.com dan LinkedIn.com pada awal tahun 2000.Selepas itu, munculnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster telah menjadi suatu fenomena pada waktu itu dengan ciri-ciri yang lebih banyak seperti perkongsian video dengan pengguna yang lain. Laporan comScore yang dikeluarkan pada Januari 2010 menunjukkan trend peningkatan penggunaan laman sosial dalam kalangan penduduk dunia iaitu sebanyak 770 juta orang pada tahun 2009, 18 peratus lebih tinggi berbanding pada tahun sebelumnya (M.Ezaleila & H.Azizah, 2010).

Terdapat juga juga laman sosial yang pada awalnya dibangunkan bukan sebagai laman sosial namun telah ditambahbaikkan dari semasa ke semasa dan akhirnya menjadi sebuah laman sosial seperti QQ yang pada awalnya bermula sebagai perkhidmatan mesej segera berbahasa Cina. Antara sebab kepesatan penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna teknologi maklumat ialah kerana ia membolehkan orang ramai untuk berhubung dan melahirkan ekspresi masing-masing serta berkongsi apa-apa sahaja.

 Malah, kebanyakkan pengguna telah memperluaskan lagi penggunaan laman sosial tersebut dengan menjadikannya sebagai tempat untuk mengiklan dan mempromosikan produk jualan mereka. Dalam laporan Wave 5 oleh Universal MacCann pada Oktober 2010, seramai 1.5 juta orang melawat laman sosial dalam talian setiap hari.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh comScore, Facebook merupakan laman sosial yang paling popular terutamanya dalam kalangan pelajar pada tahun 2009,  iaitu hampir mencecah 1.2 bilion pengguna diikuti dengan MySpace sebanyak 810 juta pengguna dan pada tempat ketiga ialah Twitter berdasarkan purata pengguna bulanan (M.Ezaleila & H.Azizah, 2010).







2.0 MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

2.1 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL

Dalam sesebuah perniagaan, hubungan sosial merupakan antara faktor penting yang perlu dijaga dan diambil berat oleh usahawan supaya mereka dapat bertahan lama di dalam industri. Mereka perlu membina hubungan yang baik dengan masyarakat termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan juga jiran tetangga terutamanya dengan pihak yang dapat memberi kepentingan terhadap perniagaan mereka.

 Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, usahawan yang berinovatif sepatutnya mengambil kesempatan ini dengan memajukan perniagaan mereka melalui teknologi-teknologi yang sedia ada termasuklah media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter bagi memperluaskan lagi pasaran mereka. Dengan adanya media sosial, rangkaian sosial yang dibina akan lebih meluas secara automatik dan akan dapat menambah bilangan pelanggan secara tidak langsung.

Dengan menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk menjual dan mempromosikan produk, urusan jual beli antara usahawan dan pelanggan akan menjadi lebih mudah dari segi menjimatkan kos serta masa. Sebagai contoh, usahawan tidak semestinya perlu menyewa premis untuk menjalankan aktiviti perniagaan kerana dengan adanya laman sosial semua urusan boleh dilakukan dari rumah seterusnya dapat mengurangkan belanja upah pekerja, manakala pelanggan pula hanya perlu memilih produk yang mereka inginkan dari E-Catalog yang terpampang di media sosial. Seterusnya, usahawan dan peniaga tidak perlu berjumpa untuk urusan pembayaran kerana semua itu boleh dilakukan di atas talian sekarang

Reputasi sesebuah perniagaan turut bertambah kerana dengan adanya laman sosial, ia membantu memudahkan pihak pembeli seterusnya dapat meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan terhadap usahawan tersebut. Dengan menggunakan media sosial untuk tujuan berniaga, usahawan tersebut telah membuktikan bahawa mereka komited untuk melakukan yang terbaik terhadap perusahaan mereka. Ini adalah seiring dengan kehendak semasa yang lebih gemar memilih untuk membuat pembelian di atas talian. Ianya bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak pelanggan, malah turut memberi keuntungan kepada pengusaha tersebut dari segi belanja kos untuk tujuan promosi.

 Penyebaran maklumat mengenai sesuatu perkara menjadi lebih cepat yang mana memberi kelebihan dan juga keburukan terhadap sesebuah perniagaan. Oleh itu, usahawan perlu memastikan bahawa mereka telah memberikan servis yang terbaik sama ada dari segi kualiti produk dan juga layanan supaya mendapat sokongan serta kepercayaan yang berterusan dari pelanggan tetap dan mereka yang berkemungkinan menjadi pelanggan. . Penggunaan media sosial menjadikan pengurusan perniagaan menjadi lebih cekap dan cepat secara tak langsung.

Dalam pasaran perniagaan yang sengit, para peniaga bukan sahaja perlu menguasai teknik pemasaran dan juga kawalan kualiti produk, mereka juga perlu menguasai teknologi maklumat supaya dapat bersaing dalam pasaran kerana ia memberi banyak kelebihan termasuk menembusi pasaran antarabangsa. Dengan menggunakan media sosial, peluang untuk diterokai adalah lebih luas berbanding dengan teknik berniaga secara tradisional iaitu hanya menjual di premis perniagaan masing-masing



2.2 PENGGUNAAN DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL

Persaingan yang sengit di dalam sektor perniagaan menyebabkan media sosial menjadi suatu medium yang penting bagi usahawan memperkenalkan produk mereka tidak kira sama perniagaan tersebut sudah dikenali oleh orang ramai mahupun tidak. Ia bukan sahaja menjadi pilihan para peniaga kecil-kecilan malah turut digunakan sebagai salah satu strategi pemasaran oleh syarikat gergasi. Salah satu sebab kenapa ia menjadi pilihan utama para usahawan ialah kerana kos yang dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan  amat rendah berbanding dengan membayar pihak stesen televisyen yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Selain itu, pengguna media sosial yang ramai turut memberi manfaat kepada para peniaga termasuk menambah bilangan peminat jenama mereka ataupun dikenali sebagai pengikut di media sosial dengan lebih cepat. Manakala, penjimatan yang dapat dilakukan pada kos operasi pula boleh digunakan untuk mengurangkan harga yang dikenakan ke atas servis atau produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Ini dapat memberi tambah nilai kepada mutu perkhidmatan yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding dengan pesaing-pesaing mereka yang berniaga di premis-premis perniagaan.

Menurut laporan International Data Corporation, inisiatif yang berkaitan dengan rangkaian sosial dengan tujuan untuk membuat perniagaan akan merangkumi 2000 juta USD pada tahun 2014. Manakala, menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen, penggunaan internet meningkat sebanyak 41 peratus dan 22.4 jam digunakan untuk melayari internet. Manakala 71 peratus daripada masa ini ialah untuk melayari laman sosial Facebook.

Usahawan yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk berniaga juga dapat menembusi pasaran luar seperti Singapura dan juga Brunei disebabkan pengguna media sosial  adalah datang dari latar belakang dan juga negara yang berbeza. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pasaran yang lebih luas yang mana lebih banyak keuntungan bakal diperolehi jika usahawan tersebut bijak menggunakannya untuk mempromosikan produk mereka. Sesetengah produk yang tidak terdapat di negara lain juga menjadikan perniagaan atas talian lebih unik kerana pelanggan kini boleh membelinya melalui media sosial dengan hanya menekan butang carian.

Ruangan komen yang terdapat pada setiap media sosial juga membolehkan para peniaga berinteraksi secara terus dengan pelanggan mereka sama ada dari dalam atau luar negara. Ini membolehkan mereka berhubung secara dua hala tanpa sebarang masalah dan kos yang mana boleh mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan peniaga. Sebagai contoh, Instgram merupakan laman sosial yang paling banyak digunakan untuk tujuan perniagaan kerana paparan serta ciri-cirinya yang amat sesuai untuk tujuan berniaga.

Mengikut kajian yang telah dibuat oleh Ketua Pemasaran Eksekutif di NSE, sebuah syarikat pemasaran digital dan media sosial pada tahun 2014 mendapati antara faktor yang menyebabkan pemasaran produk melalui media sosial adalah lebih berkesan dan menjimatkan ialah kerana 78 peratus pengguna media sosial berkemungkinan akan membuat pembelian dengan berdasarkan kepada percaya dengan pendapat dan cadangan rakan-rakan rapat di dalam media sosial mereka berbanding iklan. Malah kadar penyebaran setiap yang dibaca dalam media sosial adalah 783 peratus lebih pantas berbanding pengiklanan secara tradisional sekiranya kandungan tersebut dianggap kreatif, unik menyentuh perasaan atau emosi dan juga yang bakal memberi impak yang besar kepada pembaca dan rakan-rakannya.

Justeru itu, teknik pemasaran dalam media sosial amat penting kerana ia terbukti berkesan dan mampu mengembangkan sesebuah perniagaan ke peringkat global.


2.3 TAHAP PENGGUNAAN DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Dalam era yang serba canggih ini, semakin ramai yang telah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan wanita kerana perniagaan atas talian membolehkan mereka menjalankan perniagaan tanpa modal yang besar dan risiko yang lebih kecil.

Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, bilangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat daripada 18 juta orang pada tahun 2012 kepada 25 juta orang pada tahun 2015. Mengikut statistik yang dibuat, kebanyakan pengguna internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.

Menurut laporan tersebut juga, peningkatan jumlah pembeli atas talian menunjukkan bahawa perniagaan atas talian berpotensi membentuk pasaran yang luas. Malah, rakyat Malaysia turut dikatakan semakin gemar menghabiskan masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan internet yang meluas untuk media sosial.

Hasil daripada kajian mendapati bahawa kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat kerana beberapa faktor termasuk kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi. 97.3 peratus daripada perniagaan di Malaysia merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan daripada jumlah tersebut hanya 20 peratus yang meggunakan teknologi komunikasi maklumat secara meluas.

Manakala, menurut kajian yang telah dibuat oleh Euromoney perdagangan elektronik Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan dengan unjuran melebihi RM1.9 bilion menjelang 2016.




2.4 CABARAN DAN HALANGAN PNGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Walaupun media sosial dikatakan menjadi medium terbaik dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan dianggap sebagai suatu keperluan, namun terdapat juga beberapa keburukan daripada penggunaannya. Sebagai contoh, sekarang para pelanggan boleh mendapatkan sebarang maklumat mengenai produk dengan lebih cepat melalui akses ke atas talian dan membuat perbandingan servis yang ditawarkan oleh peniaga. Oleh itu, usahawan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai strategi pemasaran yang unik berbanding pesaing mereka supaya dapat menarik minat para pembeli. Bagi menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan, mereka seharusnya terlebih dahulu harus melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat berurus niaga dengan bijak dan tidak menjejaskan reputasi perniagaan.

Selain itu, para pelanggan di atas talian yang menggunakan media sosial sebagai tempat membeli-belah kebiasaannya bersikap lebih cerewet dan mereka juga mengharapkan layanan terbaik diberikan kerana mereka tahu terdapat ramai lagi usahawan yang menjalankan perniagaan yang sama dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh peniaga bijak ialah mempamerkan layanan yang mesra dan tidak lokek dalam memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan walaupun mereka belum tentu membeli. Ini juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan tersebut pada masa akan datang. Manakala, jika peniaga memberikan layanan yang kurang baik dan tidak mesra kepada pelanggan, ini boleh menjejaskan perniagaan mereka kerana pelanggan yang tidak berpuas hati akan mengkritik secara terang-terangan di ruangan komen yang mana dapat dibaca oleh para pengguna media sosial yang lain juga. Ini boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai kepada perniagaan tersebut kerana media sosial menjadikan maklumat tersebar dengan lebih cepat.

Sikap iri hati dan cemburu melihat kejayaan usahawan yang lain juga menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menjatuhkan perniagaan pesaing. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kepakaran dalam teknologi maklumat boleh melakukan khianat dengan menyebarkan virus, malware dan phising thread. Manakala, ada segelintir pengguna media sosial mengaut keuntungan dengan membuka akaun palsu bagi tujuan memperdayakan pelanggan walhal peniaga yang sebenar tidak  pernah membuka akaun tersebut dan akhirnya menjadi mangsa kecaman.

Terdapat juga situasi dimana peniaga di atas talian menjalankan perniagaan tidak jujur dengan produk yang sampai ke tangan pelanggan tidak sama dengan apa yang dipamerkan di media sosial.  Ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada peniaga-peniaga di atas talian yang lain. Selain itu, peniaga atas talian juga terdedah kepada risiko perniagaan yang mana strategi pemasaran mereka berkemungkinan ditiru atau diciplak oleh pesaing mereka.

Oleh itu, usahawan yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk berniaga haruslah bersedia 24 jam terutamanya dari segi mental bagi melayan karenah pelanggan yang berbagai. Sikap tidak komited dalam menjalankan perniagaan juga boleh menjadi punca ianya tidak maju seperti kebanyakan pengusaha yang lain. Mereka harus bersikap lebih rajin dan peka mengemaskini sebarang maklumat dalam akaun bagi membolehkan pelanggan mengetahui perkembangan semasa mengenai servis atau produk yang ditawarkan. Komunikasi dua hala yang baik antara peniaga dan pelanggan seperti bahasa yang digunakan juga menjadi ukuran kepada prestasi perniagaan, oleh sebab itu para peniaga perlu memanfaatkan media massa dengan sebaik-baiknya.

Akhir sekali, kurangnya keyakinan terhadap keupayaan media sosial dalam mengembangkan perniaagan ditambah dengan kurang kemahiran menggunakannya  menjadi cabaran kepada para peniaga memilih media sosial sebagai salah satu teknik pemasaran. Perasaan bimbang jika teknik tersebut tidak mendapat sambutan menyebabkan mereka takut untuk mencuba perkara yang baru.


2.5 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa antara faktor pendorong kepada penggunaan media sosial dalam perniagaan ialah penjimatan kos bagi tujuan pengiklanan. Dahulu, semasa hanya segelintir sahaja yang tahu menggunakan media sosial tidak ramai yang mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana bimbang perniagaan mereka tidak dikenali. Malah kos pengiklanan adalah mahal  dan mereka berkemungkinan gulung tikar sekiranya masih tidak mampu untuk menarik pelanggan. Dengan perkembangan medial sosial sekarang, usaha mempromosi dan mengiklankan produk semakin giat dilakukan oleh usahawan malah ia turut disertai oleh peniaga secara kecil-kecilan.

Selain itu, ruangan komen yang tersedia pada setiap media sosial juga memudahkan para peniaga menerima maklumbalas tentang poduk mereka. Ini dapat memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan melalui setiap kritkan atau pandangan yang diberikan secara tulus oleh pelanggan mereka. Malah, setiap maklumbalas yang baik akan menambahkan lagi kepercayaan pelanggan-pelanggan yang lain untuk berurus niaga dengan usahawan tersebut pada masa kan datang. Manakala, maklumbalas negatif akan mendatangkan kesan yang sebaliknya. Oleh sebab itu, setiap peniaga seharusnya pandai menggunakan media sosial dengan sebaik-sebaiknya supaya tidak mencetuskan sebarang syak wasangka buruk kepada pelanggan masing-masing.

Kemudahan akses ke setiap media sosial juga menjadikan ia pilihan pengguna masa kini selain menjimatkan masa. Pelanggan boleh melakukan urus niaga tidak kira di mana dan pada bila-bila masa menjadikan ia sebagai suatu peluang kepada para peniaga untuk memperluaskan lagi pasaran perniagaan mereka. Jika suatu laman sosial itu mempunyai ramai pengikut, ia menjadi satu kelebihan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melihat tawaran yang ada. Pembelian atas talain turut dipermudahkan dengan pembayaran elektronik melaui perbankan dalam talian atau kad kredit.

Akhir sekali, proses penyebaran maklumat mengenai servis dan produk yang ditawarkan juga menjadi lebih mudah dan cepat dan pengusaha mampu melakukan pelbagai teknik pemasaran mengikut kreativiti masing-masing seperti memuatnaik video, tips kecantikan, demonstrasi pemakaian dan sebagainya sebagai daya penarik akaun mereka. Ini menjadikan laman sosial pengusaha mereka lebih unik berbanding usahawan yang lain.










3.0 RUMUSAN

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perkembangan teknologi maklumat banyak membantu masyarakat pada masa kini melakukan kerja seharian. Tambahan, penggunaan media sosial telah memberi suatu nafas baharu kepada usahawan-usahawan untuk menjalankan perniagaan di atas talian secara kreatif. Ia menjadikan sektor perniagaan ini lebih sihat dan berdaya saing. Dengan berbagai pilihan yang ditawarkan oleh para peniaga di media sosial, ia turut mendorong para pelanggan untuk membuat pilihan dengan lebih bijak.

Malah, penggunaan media sosial bagi tujuan perniagaan turut memberikan keuntungan sama ada kepada peniaga mahupun pembeli atas talian. Modal yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan melalui media sosial adalah sangat kecil berbanding dengan menjalankannya secara tradisional iaitu terpaksa menyewa premis perniagaan. Ini tidak termasuk lagi dengan kos operasi lain seperti upah pekerja dan kos pengiklanan. Dari sudut pembeli pula, mereka tidak perlu ke kedai untuk membeli barang dan hanya melakukan transaksi pembelian dari rumah.

Namun, para peniaga perlulah bijak dalam mengurus dan mengendalikan perniagaan atas talian mereka kerana pembeli masa sekarang lebih bersikap cerewet dan memilih. Peniaga harus memastikan media sosial mereka menarik untuk dilawati dan memaparkan maklumat-maklumat terkini tentang produk dan servis yang ditawarkan.

6 comments:

  1. (Viral). Terbukti. Duduk Diam Dapat Duit. Peluang Pelaburan International Platform. Modal RM 4,600 Potensi Pendapatan RM 600,000

    Profit Investment USD 1,000,000 Dalam 6 Bulan. WhatsApp utk Bukti.


    Assalamualaikum,

    Channel dicipta untuk sesiapa yang berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) walaubagaimanapapun withdrawal boleh dilakukan pada bila2 masa.

    Mengapa saya sarankan Minima 3 tahun?

    Mari lihat potensi investment anda....

    >> Investment at joining USD1,000 ....
    >> Investment grow by 2 times within 6 months (USD 2,000)
    >> Investment grow by 4.65 times within 12 months (USD 4,650)
    >> Investment grow by 10.76 times within 18 months (USD 10,760)
    >> Investment grow by 24.89 times within 24 months (USD 24,890)
    >> Investment grow by 57.57 times within 30 months (USD 57,570)
    >> Investment grow by 153.15 times within 36 months (USD 153,150)

    Bayangkan....USD1000 pada bulan permulaan menjadi USD 1000 x 153.15 pada bulan 36 = USD153,150 = RM658,545

    Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform.
    Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan.

    Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini.

    Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :-

    Feb 2014 : 21.35%
    Mar 2014 : 18.47%
    Apr 2014 : 18.18%
    Mei 2014 : 20.01%
    Jun 2014 : 16.38%
    Jul 2014 : 21.35%
    Aug 2014 : 19.31%
    Sept 2014 : 18.78%
    Okt 2014 : 21.19%
    Nov 2014 : 30.00%
    Dec 2014 : 25.13%

    Jan 2015 : 22.98%
    Feb 2015 : 23.53%
    Mar 2015 : 31.13%
    Apr 2015 : 29.94%
    Mei 2015 : 27.27%
    Jun 2015 : 22.53%
    Jul 2015 : 26.12%
    Aug 2015 : 19.83%
    Sept 2015 : 24.80%
    Okt 2015 : 19.79%
    Nov 2015 : 19.79%
    Dec 2015 : 14.50%

    Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details.

    Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari.

    Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun?


    Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan)
    =======================================================

    Bulan 0 = RM 4,600.00
    Bulan 1 = RM 5,290.00
    Bulan 2 = RM 6,083.50
    Bulan 3 = RM 6,996.00
    Bulan 4 = RM 8,045.40
    .
    .
    .
    Bulan 12 = RM 24,611.20
    BULAN 13 = RM 28,302.80
    Bulan 14 = RM 32,548.20
    Bulan 24 : RM 131,675.80
    Bulan 25 : RM 151,427.20
    .
    .
    .

    ====================
    Bulan 36 : RM 612,607.40

    ====================

    Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Prodesional ini:-

    Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan mebawa pulangan sehingga RM 6 JUTA.

    Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details.

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)

    DAFTAR PERCUMA

    IGOFX KL
    http://igofx.com/?code=357423


    Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

    Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) untuk profit 15% ke 25% Sebulan

    ReplyDelete
  2. BLOCKMINE Perniagaan yang akan membuat anda mendapat sepanjang masa tanpa had 5 minit sehari!
    Cara membuat wang dalam talian mudah. Anda boleh mendapat $ 7-1,500 seminggu atau lebih. Tidak berkongsi rantai Jangan jemput sesiapa sahaja untuk berbuat demikian. Adakah anda mempunyai wang? Hanya mengambil masa lapang anda 5-10 minit sehari.
    Ketahui lebih lanjut: http://blockmine-thai.blogspot.com
    "Pelaburan berisiko. Pelabur perlu mengkaji maklumat sebelum melabur."

    ReplyDelete
  3. A Guide to Creating a Ford Titanium Ecosport | TITanium Arts
    The concept of a Ford Titanium Ecosport westcott titanium scissors comes from its inception in omega titanium a casino. This game consists of schick quattro titanium five cards titanium vs ceramic flat iron consisting of four suits babyliss pro nano titanium curling iron of all shapes

    ReplyDelete